Wednesday, 29 January 2014

home sweet home . .

 hallo halloooo!!!!!!!!! im home!!!!!!!!!!!!!! hohohohoho!!!!!!!!
   
             ASSALAMUALAIKUM . . . .

  punya excited sampai salam x igt nk bg . .ok now saya kt rumah . . rindu adik2 . . tp ntah adik2 rindu saya ke x...haha pedulikan . . .td last ezam for my midsem . . .yeay!! tp ntah mcm mana la resultnya . .hmm bila blik aku tngok rumah aku dah ubah susunan perabot.mmg dah lain la . .rse heppy . . dah bpe bulan kot aku x blik . . .dok terperap je kt kedah tuh . .hehe . .

   adik irfan dah botak . . .x sangka dia dah tadika . .rasa mcm bru semalam je dia lahir . .cptkan masa berlalu . . .seperti biasa bila aku blik mesti dia akan menjauhkan diri dr aku . .yela aku kan jumpa dia jarang2 . .dr dia lahir lg aku dok kt hostel,blik umah jarang sekali . .mmg dia x rapatla ngn aku . .kalau dulu aku mesti nk nangis sebab bila blik aku nk kena bg adik aku kenal aku dulu . . .tp mula2 blik je la sedih . .pastu kami jd rapat blik . . hehe . . .sedih ada adik kecik yg kita x sempat tngok dia membesar dpn mata ni . .hmm . .esok aku nk start ist kan makanan apa yg aku nk mkn . .hoho bkn selalu kot dpt makan ikut selera kita . .dah bosan ngn makanan kafe kt kolej . .hehe . .ubah selera plak . . hmm esok start hidup aku kt umah!!
enjoyyy!! bubye ;)

Tuesday, 21 January 2014

perempuan punya hal . .hee

Assalamualaikum . .


 Lama gak x update blog  .urm nk share  sikit ni . . .hehe . .amalan wanita ketika Haid . . aku search untuk diri aku tp aku kongsi la sekali . . .heee . .ni aku jumpa kt blog org . .tp aku lupa kt blog sape . .maaf na . .tp untuk berkongsi ilmu je . .heeeee(ayat cover) haha. pastu ade plak tips nk hilangkan sakit senggugut . . sakit kot... aku dah biasa kena so aku rasa mcm nk search . .last2 jumpa...hehe 


TIPS HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT . .



Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.

Pilihan 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Pilihan 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Pilihan 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .

Pilihan 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Pilihan 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.

Pilihan 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.

Pilihan 9: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.

Pilihan 12: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.

Pilihan 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.

Pilihan 14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.

Pilihan 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.



Amalan Ketika Haid Dan Nifas


Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
                                               a.      Bermunajat
                                               b.      Bertafakur
                                               c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda;“Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Qurandari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:
Doa Ketika Datang Haid dan Nifas
.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


SEKIAN SAHAJA dari syazwani .  =)

Sunday, 19 January 2014

istiqamah

Allahu ~ 

Seorang wanita berpurdah menangis di suatu tempat duduk brdekatan sebuah kedai.. Purdah hitamnya itu dibasahi dengan air mata, tangan digenggam erat, menandakan dia sedang cuba untuk tabahkan hati. Datang seorang lagi wanita berpurdah: "Salamun alaikum ukhti. Kenapa nangis ni sayang?" Nur : "Wa alaikumussalam kak.." Hanya itu yang dilafazkan, air mata segera dikesat. Wanita tidak menangis depan orang lain...selagi termampu untuk menahan air mata, mereka cuba. Itulah wanita. "Sayang, jangan menangis. Cuba beritahu akak kenapa ni? Mana tahu kan, akak leh bantu ke." Nur : "Saya...saya x tahu nak beritahu akak macam mana. Saya cuba istiqomah untuk berpurdah kak. Tapi...banyak sangat cemuhan. Baru tadi, seorang laki cakap 'ini dah mcm pencuri dah ni' pada saya. Kecilnya hati saya." Akak tersebut terdiam, cuba menyusun ayat untuk memujuk hati Nur. Aisyah : "Mcm ni, adik boleh panggil akak Aisyah ye. Nama adik siapa?" Nur : "Nur kak. Nur Solehah Binti Jamal." Aisyah : "Allahu, adik. Nama adik seindah akhlaknya. Memang kita sukar untuk istiqomah dik. Izinkan akak luang masa untuk cerita pengalaman akak belajar di luar negar dik ye?" Nur : "Boleh kak, Nur sudi dengar." Aisyah: Akak mula-mula bukanlah baik sangat, akak dulu lebih sosial, suka bergaul dengan lelaki. Bukan akak nak buka aib akak, adikku sayang, tapi akak nak bagi pengajaran. Di luar negara sana, akak dapat tawaran belajar Hadith, akak pun x tahu, tapi rezeki dapat pengajian tersebut. Akak lihat, kebanyakkan muslimah di sana berpurdah, dan akak cuba follow step diorang. Hari pertama akak pakai, akak berjalan di bandar. Time berjalan-jalan, seorang lelaki lempar buku pada akak. "Throw away that mask!" Tersentap akak, 'mask'? Ini purdah. Akak berjalan lagi, dan semua pandang akak. Tapi dalam hati, akak rasa gembira. "Duhai Allah, saksikanlah mujahadahku ini Allah." Akak tabahkan diri juga, dan Allah bantu akak. Lelaki yang lempar akak buku tu, mendapat hidayah juga tidak lama lepas tu dalam beberapa hari. Alhamdulillah. Dia telah masuk dalam Islam, dan berkahwin dengan wanita yang berpurdah juga. Nur : "Peritnya kak...tapi Allah bantu akak. Allah....." Aisyah : "Maka, adik jangan give up sayang. Buatlah kerana Allah, Allah akan bantu kita. Janji kita istiqomah. Nak masuk syurga tu, berbagai rintangan kita kena hadapi. Biar kita susah sekarang sayang, kat syurga kita boleh gembira." Nur mengesat air matanya, bertekad dengan sepenuh jiwa. "Allah, aku lakukan ini untuk-Mu wahai Kekasihku..." Sejak hari itu, Nur dapat belajar serba sedikit ilmu daripada Kak Aisyah, alangkah gembiranya ada sahabat yang sudi membantuku. Purdah sentiasa dipakai, menandakan kasihnya kepada Allah azza wa jalla."" -Group Mufakkir Taqarrub Billah-




  INI sekadar perkongsian untuk dilihat manfaatnye . .besar ujian untuk berhijrah dan istiqamah . .tapi ingatlah Allah s.w.t  menyokong kita . . .kita masih disayangi -Nya  =)

Thursday, 16 January 2014

Dugaan . .

Assalamualaikum my purple bloggie . . .

     today is my bad day . . im so sad . . .do you know why????  kkkk . .aku citer slow2 . . .mcm ni citer dye . . .semua org pernah kena tipu kan????tp serius kali ni aku rasa aku dah kena tipu hidup2 . . .aku x sangka sangat . .fine ssebenarnya macam ni.. aku ngn classmate aku saniah pegi library kejap sebelum nk masuk kuliah electric . .kami nk renew buku .tp time kiteorg ni x btol la . .ramai org time tuh . . so kami pon tunggu turn la . . .aku lambat pulang so kena bayar denda . .then aku pergi la amek duit kt beg aku . .dalam perjalan akumenuju ke beg aku tuh,aku terserempakla ngn budak kuliah aku .aku pelikla sebab patotnya kami ada kuliah sekarang ni . .So aku tanya la dia .
       "wey, xde kuliah ke?"    then dye ckp  "xde.puan x datang so kena gabung ngn kuliah E2" Then aku tnya lah "ko xpegi ke" pastu dia ckp dia malas . . .

    k fine la . .aku decide aku nk pergi kelas la . . xkan nk ponteng . . .aku bkn jenis macam tuh . . aku ngn saniah pon keluar library . .then aku tnya la sorg budak kuliah aku ni lecture tu kat DK berapa??dye ckp Dk2 .So aku pergila. .sbb aku igt budak td tu follow kami ikut blakang . .kami masuk DK ikut pintu belakang.bila kami masuk lecturer tu pandang kami sekali ngn budak2 E2 . .kami pelikla . .then bru perasan yg kami je budak kuliah E1.. org lain xde . .so kami mcg la classmate lain tnya dorg kat mana . .and you know what??? dorg kt Dk1 tgh belajar ngn puan . . .kami dah masuk salah kuliah . .nk keluar bru duduk . .segan satu BENGANG satu . . .sabar je la . . .dah x leh wt ape dah . . bengang ngn org yg tipu kami . . .nk ponteng jgnla jebak kami . .x pasal2 kami jd ponteng sama . . kehadiran x diterima sbb kami x masuk kelas . . sedih sgt . .lepas habis masa kami g jumpa puan ,,dye mcm touching ngn kami . . .kami tau . . .dah x tau nk explain mcm mana lg . . .sampai aku nangis depan puan sbb slaha kami ni . . kami org yg teraniaya . .

     nasib puan rajuk x lama . . bila aku nkpak dorg lpas kelas td aku rasa mcm nk tumbuk je dorg . .tp aku masih tau sape aku . .aku x boleh wt apa2 . .aku hanya mampu tahan dalam hati je rasa amarah aku ni . . .sedih kot dipermainkan mcm ni . . .tuhan je yg tau mcm mana rasa terjebak dlm kejadian ni . .Aku tau dorg tu dah pandai.x payah masuk kelas dah boleh belajar sendiri . .tp hormatlah Puan . .dia pon ada perasaan . .dahla wt salah ajak org buat salah lg . . .hmmm aku hanya mampu berharap doa sedar la perbuatan dorg yg salah tuh . .aku letih nk jawab soalan budak kuliah aku td . ."wani asal x masuk??" "wani dah pandai ponteng skrg ni" aku letih . . .rosak imej aku . . dugaan . . .tp aku redha. . . .aku percaya doa org yg teraniaya In Shaa Allah akan dimakbulkan . . .

 panjang plak aku ni bebel hari ni . . .k lah aku harap sgt kejadian ini jd pengajaran buat aku untuk Tidak!! sesekali cpt percaya pada org . . .NEVER!!! i dont want banana fruits two times . . .hahha . .by the way life must go on . . .lg berapa minggu lg nk UPS . .study wani!! u can do it . . .!!

Thursday, 9 January 2014

Syukur . . =)

                              ASSALAMUALAIKUM . . .


    my purple bloggie . . im so sad. . .aku rasa aku ni xde la gemuk mana . .kan bloggie?? hmmm  . .aku rasa dah ok dah macam ni  . . .kalau kurus sgt krg mcm cicak plak . .pelik sangat . setakat ni dah 3 org ckp kt aku ayat ni "wani kalau kau kurus mesti lg cantik "  the truth is i dont like to hear something like this  . .diri aku suka hati aku la.. aku pon bknnya gemuk dr kecik . badan aku naik mendadak time aku form 4. dulu aku sama je mcm org lain . . .family aku pon x gemuk . .semua keping . .aku sorg je lain . .nak wt mcm mana kan bloggie?? ni semua ketentuan tuhan . .terima ajelah apa ada nye . . ..
gemuk ke aku???? =(

hmmm...nk kata aku ni kuat mkn pon x . .aku bkn jenis mkn banyak...hmm aku malu ngn org lain . .tp apa yg aku mampu lakukan..terima aje lah apa adanya,,nasib aku ni tinggi kalau x hmmm...malu nye , , ,haha , ,tp kita kena bersyukur dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan kita..its ok wani . .biar gemuk asal comel . . .bwekkk!!!! nk muntah plak puji diri sendiri . . .hahaha  

tpaku beruntung sgt dpt budak bilik yg mmg ngam ngn aku   .. .dorg boleh trima setiap kekurangan aku . .Alhamdulillah . . .nk share cikit r pic dorg . .maksud aq pic kami . .. xde keje ptg2 . .. hahha tp 3 org je ade . .yg lain ade hal . ..hehe ...
bulatnye muka aku >,<

nad ,aku, anis <3

angin bertiup kencang . hahaha





asal muka aku tuh . .haha >,<

<3we are friends <3







tunjuk langit . .haha

renung masa dpn . .haha




the end~~~  =)

Wednesday, 8 January 2014

Fitrah . .

     Assalamualaikum . . .


      tajuk entry ni macam pelik jer kan . . .hmm memang . .haha . . .actually . . .urm . . .aku ni susah sgt nak kawal hati n perasaan aku . .dear  my purple bloggiie . .apa yang patot aku buatt . . hmmm  :(  
kalau la kau ni boleh bercakap kan . . . hmmm . .

      aku x tahu la nak kata diri aku ni lurus ke apa . tp aku ni cepat sangat termakan kata2 org . . aku ni mudah percaya kt org . aku takutla. .sebabkan tu la aku selalu kena tipu . .pangilan mcm 'lampi , damping ,slow dah selalu sangat dapat kt aku . . x tau nak wat pe dah . . .ramai yang ckp aku ni x boleh kawan ngn org jahat sebab aku cepat terpengaruh . .tp aku pon tahu la mana baik mana buruk .aku pernah jugak kawan ngn org yg boleh tahan sosial la jugak . .tp aku x pon . .hmm x kesahla asalkan hidup aku aman dan bahagia . .hehehehe . . .                

      tapi x semua org yg epy go lucky mcm aku ni sentiasa epy . .org mcm aku ni pon ade gak masa genting . .haha (ayat nk top je) .. tp xde la nk tunjuk kt org . .org terdekat je la yg tau apa masalah aku n bila time aku sedih . .aku bkn ape . .tunjuk kesedihan kt org tu mcm benda x patot bg aku . .bkn apa cuba kita pk , bila kita tunjuk rasa sedih kita kt org x ke nanti org tuh akan jd sedih jugak and mungkin akan resah sbb kita . .aku kalau boleh x nk la benda simple jd makin serabut . .selagi masih tertahan cuba la tahan tp kalu dah x thn tu bru la luahkan . . .perempuan mmg mcm ni . .tp kalau lelaki x tau la . .

    Nampaknye aku nk kena belajar lg la cara nk kawal emosi aku ni . .aku ni cpt sgt la terikut2 ngn perkara yg jadi sekeliling aku . .sensitif katanya . . .hmmm . . ntah kenapa aku bercerita kt ko wahai my purple Bloogiie . . .haha x kesahla . .yg penting Happy !!!!