Assalamualaikum . .
Lama gak x update blog .urm nk share sikit ni . . .hehe . .amalan wanita ketika Haid . . aku search untuk diri aku tp aku kongsi la sekali . . .heee . .ni aku jumpa kt blog org . .tp aku lupa kt blog sape . .maaf na . .tp untuk berkongsi ilmu je . .heeeee(ayat cover) haha. pastu ade plak tips nk hilangkan sakit senggugut . . sakit kot... aku dah biasa kena so aku rasa mcm nk search . .last2 jumpa...hehe
TIPS HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT . .
Pilihan 1 : Ambil 9 biji pinang tua, bakar hingga menjadi arang dan ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum 9 hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
Pilihan 2 : Ambil bawang merah dan hancurkan. Kemudian sapu dan urut-urut pada bahagian perut atau ari-ari yang sakit. Tidak lama selepas itu anda akan merasa lega sendiri.
Pilihan 3: Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air dan didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.
Pilihan 4: Minum rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
Pilihan 5: Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid .
Pilihan 6: Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.
Pilihan 7: Ambil beberapa helai daun sirih dan beberapa batang serai wangi. Rebuskan dan minum airnya ketika air suam-suam kuku.
Pilihan 8: Ambil 3 ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil 5 biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tersebut dan gaulkan dengan air panas. Kemudian, minum setiap hari (waktu malam).Senggugut akan hilang.
Pilihan 9: Buah petola boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Anda perlu memakan sebarang masakan dari petola selama seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 10: Amalkan memakan kunyit, asam jawa dan gula merah yang direbus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.
Pilihan 11: Ambil segenggam daun betik dan tumbuk. Airnya diminum pada setiap pagi selama 3 hari pada setiap bulan.
Pilihan 12: Ambil sepotong gambir (10-15 gram), kunyit hidup 2 ulas dan 5 lembar daun sirih. Semua bahan itu dijadikan satu dan tumbuk halus. Selepas itu tambahkan dengan secawan air masak dan kacau rata. Kemudian dengan menggunakan kain yang bersih, tapis dan perah ramuan tersebut. Minum sekali dalam sebulan iaitu 2 atau 3 hari sebelum kedatangan haid. Minum ramuan tersebut pada waktu malam sebelum tidur.
Pilihan 13 : Tumbuk secekak daun cili padi, dan 7 biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan 2 sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya 3 kali sehari selama 4 hari.
Pilihan 14: Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam kasar atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama 4 malam.
Pilihan 15 : Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum 2 kali sehari dalam masa 4 hari.
Amalan Ketika Haid Dan Nifas
Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1) Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2) Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3) Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
5) Qiamullail menghidupkan malam dengan;
a. Bermunajat
b. Bertafakur
c. Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6) Memuhasabah dan menghitung diri
7) Membaca zikir Asmaul Husna
8) Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9) Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10) Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11) Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12) Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13) ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14) Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15) Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16) Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17) Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18) Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19) Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20) Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21) Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22) Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23) Sediakan makanan untuk orang bersahur
24) Memberi makan orang yang berpuasa.
25) Melakukan kerja-kerja rumah
26) Berbakti kepada Orang Tua
27) Perbanyak infaq dan sedekah
28) Melakukan khidmat masyarakat.
29) Melakukan perbincangan ilmiah
30) Menjalankan kerja-kerja dakwah
31) Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32) Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33) Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34) Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35) Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.
Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda;“Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.
Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Qurandari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid’ berikut:
.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:
بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣﴾
“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”
(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
SEKIAN SAHAJA dari syazwani . =)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.